Nama saya Sarena binti Mohamad. Saya dilahirkan di sebuah daerah di Hulu Kelantan iaitu di Gua Musang pada 4 Mac 1978. Ketika itu abah saya bertugas sebagai polis di Balai Polis Gua Musang. Saya dibesarkan di sebuah kampung di Daerah Tanah merah, Kelantan.
Saya merupakan anak ke 5 daripada 9 adik beradik. Saya juga merupakan seorang ibu kepada 3 anak lelaki iaitu Shakir, Rayyan dan Amsyar.
Ketika saya berumur 11 tahun, ibu saya telah dijemput Ilahi. Maka tinggallah saya bersama adik beradik dan keluarga terdekat. Pada masa ini, adik-adik saya tinggal bersama Abah manakala saya pula tinggal bersama nenek dan mak saudara. Mulai detik ini, hidup saya mulai saya urus secara sendiri dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.
To be continued.
Leave a Reply