• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Umum / Senyum Sebagai Penawar

Senyum Sebagai Penawar

16 May 2019 by sarena Leave a Comment

Benarlah ramai yang berpendapat bahawa senyum itu seindah suria. Senyum mampu melegakan hati yang berduka. Senyuman yang tulus, datang dari hati yang tulus. Senyuman yang paling ikhlas dan menceriakan pula merupakan satu ibadah.

KENAPA PERLU SENYUM?

Senyum dapat menyebarkan cas positif kepada orang lain. Dengan cara ini, apa sahaja kekusutan dalam hati si pemberi dan penerima senyum akan terlerai dengan sebuah senyuman yang ikhlas dan ceria.

Senyum dapat merehatkan otot yang ada pada muka. Seterusnya senyuman mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda. Waahh gitu!

Dengan sifat murah dengan senyuman, kita akan mudah mendapat kawan. Dengan senyuman kita akan mudah untuk menarik kawan-kawan agar kelihatan ceria seperti kita.

Percaya atau tidak, senyuman mampu menurukan tekanan darah. Hal ini telah dikaji akan perbezaan bacaan tekanan darah dari dua individu yang senyum dan tidak senyum.

Haa, part ini best, senyuman sebenarnya mampu menukar perasaan daripada sedih sayu pilu kepada perasaan yang lebih gembira, ceria dan bersemangat.

BAGAIMANA INGIN SENYUM SELALU?

Kebiasaannya untuk melakukan sesuatu yang kita kurang biasa buat adalah dengan mengamalkan sesuatu itu secara konsisten. Begitu juga lah dengan amalan senyum ini.

Sekiranya sebelum ini kita susah sangat nak senyum, untuk konsisten murah senyuman adalah dengan mengamalkan sifat mudah tersenyum secara konsisten.

Melatih diri untuk senyum di hadapan cermin dan cuba meniru sikap orang lain yang kita kenali yang mudah tersenyum. Permulaannya agak kekok dan janggal, namun percayalah “practice make perfect”.

Mulakan senyum dengan orang yang tidak kita kenali dan asing bagi kita. Tidak perlu ambil kisah bagaimana respon orang yang kita senyum itu. Dengan ini hati kita akan menjadi lebih lapang.

Bayangkan saat-saat bahagia yang pernah kita lalui dalam hidup. Dengan cara ini juga boleh membuatkan kita mudah tersenyum. Amati juga orang yang mudah tersenyum.

Berpura-puralah tersenyum sehingga senyuman asli benar-benar muncul di raut wajah kita. Ini bagi mengelakkan orang yang berdekatan kita boleh bersalah faham dengan keadaan dan situasi kita.

Akhir sekali, dengan membaca atau menonton kisah ceria atau kisah kelakar akan secara tak langsung membantu kita untuk tersenyum. Dengan senyuman, banyak perkara-perkara baik dan positif akan mendatangi kita.

Wallahuallam.

Artikel menarik untuk anda:

Amalan Murah Rezeki

Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum.Entry kali ini suka kak Rena berkongsi untuk cerita berkenaan amalan murah rezeki. Topik ini biasanya sangat diperlukan…... Baca selanjutnya »

2 Minit Yang Sangat Bernilai

2 Minit Yang Sangat Bernilai

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Fuhh, ayat ini betul-betul menangkap hati dan perasaan. Siapa yang dapat menghayatinya, pasti akan…... Baca selanjutnya »

Beza Jualan Dan Pemasaran

Beza Jualan Dan Pemasaran

Jualan atau dalam bahasa omputeh nya adalah Sale. Di mana berlaku urusniaga jual beli antara jurujual dan pembeli. Urusan jual beli ini…... Baca selanjutnya »

Ketepikan Ego

Ketepikan Ego

Bila sebut pasal ego, ia wujud dalam hampir semua umat manusia. Tiada siapa pun dapat menyangkalnya. Sama ada kita sedar atau tidak,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: Blog Kak Rena, murah senyuman, senyum selalu, senyuman itu penawar, smiles

Previous Post: « Stok Makanan Segera Yang wajib Ada Di Rumah
Next Post: Impian Tercapai Hanya Melalui Satu Platform »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme