Setiap daripada kita tahu dan sedar bahawasanya usaha gigih adalah tangga sebuah kejayaan. Namun tak semua orang sanggup meletakkan usaha yang sepatutnya demi mencapai kejayaan yang diimpikan.
Ibaratnya, nak macam-macam dalam hidup namun tak sanggup nak letak usaha, tak sanggup nak melalui fasa kesusahan dalam proses mencapai apa yang dimahukan dalam hidup. Haaa macam mana tu? Hehehehe
Okay, pagi ini kak Rena nak berkongsi sikit cerita kejayaan sebahagian daripada pasukan dalam kerja kak Rena yang berjaya menempatkan diri untuk insentif trip ke 3 buah negara di Eropah.
Woww, bertuahnyaaa mereka!! Seronok kak Rena dapat menyaksikan kejayaan mereka untuk Trip 5 bintang yang ditaja penuh oleh majikan tempat kerja kami. Selama 6 bulan mereka berhempas pulas, berikhtiar, berusaha gigih mencukupkan syarat yang ditetapkan oleh syarikat.
Daripada 7000 lebih individu yang berkecimpung dalam kerjaya macam kami, 236 orang telah memenuhi cabaran dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat untuk diraikan melalui trip percuma over the sea yang super best ini. Haa tinggal bawak duit shopping jaa ๐
Trip kali ini sangat special kerana melibatkan 3 bandar utama dari 3 buah negara di Eropah. 3 bandar tersebut adalah Amsterdam, Brussels dan Paris. Waahh, padu betul ganjaran kali ini. ๐
Betullah kata pepatah melayu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang di kemudian. Theresโs no success without hardship.
Ramai orang suka melihat cerita kejayaan yang dah siap, namun tak ramai yang suka selongkar cerita kesulitan, kepayahan, kegigihan, kepedihan, kekuatan mental & fizikal dan kesabaran di sebalik sebuah kejayaan.
Betul tu SM Sarena, kejayaan tidak akan datang sendiri tanpa izin Allah dan usaha gigih kita.Allah dah berjanji selepas kesusahan akn ada kemudahan.