Aaron merupakan anak tunggal pakcik Abdul dan makcik Mimah. Sejak dari kecil Aaron ditatang bagai minyak yang penuh. Sejak dari kecil jugalah Aaron disayangi tanpa di ajar selok belok ikhtiar kehidupan.
Ketika Aaron mencecah berumur 19 tahun, keputusan SPM yang tidak memuaskan menjadikan Aaron terus menerus tinggal bersama keluarganya tanpa membuat sebarang pekerjaan.
Telah banyak suara-suara dari keluarga terdekat dan jiran tetangga meminta Aaron supaya mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan seharian dia dan keluarga.
Buat masa kini, apa yang Aaron tahu hanyalah untuk tidur, makan, termenung dan mintak duit belaja dari mak dan ayahnya.
Keadaan ini berterusan sehingga Aaron kini berumur 25 tahun, pun masing tidak mempunya sebarang pekerjaan. Pakcik Abdul dan Makcik Mimah mulai susah hati dan mulai merasakan anaknya menjadi beban besar buat mereka.
Mana tak nya, sepatut anak yang menyara mak ayah. Tapi ini dah terbalik. Mak Ayah yang terpaksa menyara perbelanjaan anak yang telah pun meningkat dewasa.
Pada satu hari lepas waktu zohor, mak ayah Aaron mengamuk bila nampak Aaron masih duk syok tidur di ruang tamu. Ketika itu kedua-duanya merasakan mereka tak boleh beri muka lagi pada anaknya Aaron. Lantas mereka menghalau Aaron untuk keluar dari rumah. Aaron yang terpinga-pinga bangun dan tinggalkan rumah.
Buat pertama kali mak ayah Aaron tidak menghalang kepergian anaknya selehai sepinggan itu. Aaron tak tahu mahu ke mana. Lantas dia hanya duduk termenung di bahagian belakang bawah rumah lama keluarganya.
Kemudian lewat petang hari yang sama, datang seorang jiran duduk bersembang dengan Mak Ayah Aaron. Dari kejauhan Aaron memasang telinga. Antara point penting yang didengari.
“Kau cuba lah suruh anak kau pegi try kerja ngan syarikat anak aku kerja tu”
“Betul anak aku dah berubah kehidupannya siap dapat bantu banyak perkara hidup aku sekarang”
“Aku nak tunaikan umrah, semua hasil dari titik peluh anak aku”
“Alhamdulillah, anak aku dah berjaya, itu yang nak tanya kot anak kau tengah carik pekerjaan”
Perbualan mak mak, ayah ayah itu sedikit membut hati Aaron tak keruan. Tetiba rasa panas pipinya seolah ada yang membaling batu ke mukanya. Di saat itu, Aaron terfikir-fikir pekerjaan apakah yang anak jirannya buat sehingga boleh sampai ke tahap itu.
Dalam tak keruan itu, Aaron merasakan ada perasan bersalah teramat atas sikap malas dan ambik kesempatan terharap ibubapa sendiri selama ini.
Alhamdulillah, kini Aaron banyak berubah. Sangat berubah. Hidup keluarga Aaron pun makin senang dan yang paling gembira adalah ibubapa Aaron sendiri yang banyak melihatkan perubahan terjadi pada anaknya Aaron.
alhamdulillah. nasib baik aaron sedar sendiri.
KakRaja recently posted…Hello world!