• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Masakan & Makan / Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami

Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami

30 August 2019 by sarena Leave a Comment

Sebagai seorang wanita berkerjaya, sudah pasti masa nak berasapkan dapur sangatlah terhad. Banyak kali permintaan anak-anak terpaksa ditangguhkan. Sebenarnya nak buat kejap jer, nak push diri untuk buat tu yang kadang-kadang kena pertimbangkan banyak perkara. Hehehe.

Kak Rena sebenarnya adalah jugak hobi memasak. Bukan apa, bila kita dapat masak sendiri kebersihan bahan mentah untuk memasak kompem terjamin bersih. Bukan nak kata makanan kat luar tak bersih, kena pilih-pilih jugak time nak masuk tu kena intai-intai sikit tahap kebersihan dapur dan ruang sekitar tempat makan.

Dan malam petang tadi kak Rena ada declare ngan anak-anak nak masak spaghetti bolognese ni haa. Lama sungguh la tak masak even menu ni simple sangat jer. Masih ada lagi baki mince separuh dalam freezer untuk masukkan dalam kuah sos tomato ready made by prego. Senang. Tak payah beli tomato puri dan rempah ratus secara berasingan.

Stok Sos prego ni memang duk ada sentiasa back sebotol in case datang mood nak masak. Bila dah gunaakai ni, wajib replace stok untuk standby di kemudian hari. Jadi macam biasa untuk masa sos spaghetti, kak Rena akan tumis dulu bawang merah besar (bawang kuning pun boleh, ikut mana yang ada kat dapur kita). Tumis sampai naik bau bawang tu.

Bila dah naik bau, masukkan cili giling segera untuk tambahkan merah dan rasa pedas skit skit pada sos. Kacau hingga pecah minyak sebelum mince atau daging hancur di masukkan ke dalam periuk. Setelah itu kacau bagi sebati sehingga masak dengan baik dagingnya.

Rayyan yang sentiasa lalu makan 😍

Bila dah masak empuk, masa untuk masukkan sos prego yang pekat likat dan ready rempah bolognese di dalamnya. Yummy! Sabar spaghetti belum di rebus lagi 😅. Masukkan sedikit air dalam botol prego utk habiskan sisa sos dari botol. Jangan lupa gunakan air tapisan sempurna sahaja ya!

Kali in agak berbeza kerana kak Rena ada stok buah tomato dan juga beef ball yang sedap ini. Memang rasa lain skit rasanya especially bila kunyah beef ball ni rasa empuk dan lembut semacam. Waahh, kena simpan stok lebih skit ni. Sebelum ni tak pernah amik bramd ni. Memang sedap dan berbaloi.

Setelah dimasukkan semua bahan, sos spaghetti dia biarkan mendidih untuk beberapa ketika. Campurkan sedikit garam secukup rasa. Ingat untuk tidak terlalu masin nanti boleh merosakkan selera nak makan dengan syokkk. Lagipun tak bagus untuk kesihatan badan.

Dah setel semua untuk sos, panaskan air yang siap-siap dimasukkan sedikit minyak masak. Bila mendidih masukkan lah spaghetti tak kisah brand apa pun asalkan ada cop halal. Mencari yang halal tu kan suatu sunnah. Dah selesai lembut secukupkan rasa mee spaghetti, tapis dan siram ngam air sejuk yang ditapis sempurna.

Taraaa, siap dan ready untuk di mamam😍😍. Simple sangat which kalau makan kat luar, mau cecah berbelas ringgit untuk sepinggan. Hihihi. Buat sendiri lagi puas hati sebab boleh makan hasil tangan sendiri yang kompemnya sedap dan jimat kot, seisi keluarga dapat makan.

Sekian perkongsian kak Rena bersempena malam kemerdekaan negara kita negara Malaysia ni haa. Keja lagi kita layan bunyi dentuman bunga api yang akan memenuhi ruang langit malam.

Artikel menarik untuk anda:

Stok Makanan Segera Yang wajib Ada Di Rumah

Stok Makanan Segera Yang wajib Ada Di Rumah

Rumahku syurgaku. Cewaah! Walau sesibuk mana kita setiap hari banyak masa diluar rumah, rumah menjadi tempat paling penting untuk kita melepaskan rehat…... Baca selanjutnya »

Menu Makanan Dari Vending Machine

Menu Makanan Dari Vending Machine

Kisahnya siang tadi kak Rena dalam perjalanan dari Perak menuju balik ke Kuala Lumpur. Singgah sebentar untuk makan di hentian rehat &…... Baca selanjutnya »

Cara Memasak Yang Mudah Dan Cepat

Cara Memasak Yang Mudah Dan Cepat

Artikel kali ini kak Rena khususkan untuk para mak-mak yang berkerja dan mempunyai masa yang sangat terhad bila berada di dapur. Rata-rata…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Masakan & Makan Tagged With: Dari dapur kak rena, main masak masak, masak spegeti, penapis air coway, spaghetti bolognese, wanita berkerjaya

Previous Post: « Insentif Trip Percuma

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme