Bila musim raya, ramai sangat la yang duk posting gambar-gambar raya di media sosial. Cantik-cantik semuanya. Ada yang bergambar dengan suasana dalam rumah dan ada juga yang bergambar berlatar belakang luar rumah. Ada juga yang tak sempat langsung nak bergambar. Hihihi.
Hari ini sempena hari raya ke-3, kak Rena menziarah rumah kakak di Kota Bharu. Sambil gethering & makan-makan lagi, sempat menyelit untuk sessi fotografi lah konon-kononnya. Kebetulan rumah kakak berwajah baru sempena raya tahun ini. Wajah baru yang dihiasi dengan wallpaper yang sangat menarik.
Woww!! Hanya dengan corak-corak menarik dari wallpaper menjadikan suasana rumah kelihatan baru dan menarik. Sebab itu lah ramai yang beria sungguh menghias rumah dengan cara dan kreativiti sendiri sebagai kelainan sambutan hari raya yang hanya kunjung tiba setahun sekali. Selain wallpaper, penukaran langsir baru pun boleh menampakkan kelainan suasana rumah.😍
Jadinya apa lagi!!? Kami pun sakan lah berposing hanya menggunakan kamera telefon bimbit kami ni haa. Hasilnya agak memuaskan kan. Kan dah jimat wang dan masa yang biasanya kita akan peruntukan untuk sewa servis fotografer di studio-studio gambar. Opkos kualiti gambar akan berbeza jika nak dibandingkan dengan penggunaan servis fotografer.
Yang kak Rena kongsikan sepanjang penulisan entry malam ini adalah gambar-gambar yang terhasil. Boleh lah kan..? 😀 Yang penting bonding dan silaturrahim diutamakan bila berkumpul beramai ramai adik beradik dan sanak saudara.
Leave a Reply