• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Impian Hidup / Tak Salah Berangan

Tak Salah Berangan

1 May 2019 by sarena Leave a Comment

Sejak dari zaman sekolah lagi kak Rena suka la jugak berangan dapat pegi oversea macam dato’ datin & orang-orang berada macam kat dalam drama atau filem tu. Iyer ler kita hanya orang kampung yang berasal dari keluarga biasa-biasa jer. So kita berangan aje lah nak sedapkan hati.

Selepas grad pun sama berangan lagi nak fly naik kapal terbang walaupun rasa macam dah tak der ruang dan peluang untuk berbuat demikian bila memikirkan payahnya nak dapat pekerjaan pada masa itu. Hihihi. Kesian kan?

Tak lama lepas itu, eh betul-betul ada peluang terbang ke oversea lah, bila mana kakak & abang ipar ajak kak Rena untuk menziarah mereka di UK (cop bukan Ulu Klang yaaa πŸ˜…). Entah macam mana urusan mudah jer untuk masuk ke negara England di Lancaster.

Sempat menetap di sana selama 6 bulan. Sambil bekerja sambil jugak belajar di kolej berhampiran universiti tempat abang ipar belajar.

Kiranya suatu pengalaman sangat berharga buat kak Rena ketika itu. Balik Malaysia setelah 6 bulan berada di sana, kak Rena kembali mengalami kesukaran mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari.

BERANGAN LAGI

Dah la susah nak dapat kerja, berangan tetap ada untuk terbang lagi ke luar negara bersama keluarga. Pergi luar negara semata-mata untuk menikmati keindahan ciptaan yang Maha Esa. Bukan pergi bekerja macam sebelum ini.

Alhamdulillah, hasil angan-angan tadi tu, terlaksana impian mengunjungi beberapa buah negara luar hasil usaha gigih bersama platform yang kak Rena berada sekarang ini.

Trip kedua selepas negara England, adalah negara Jepun pada tahun 2015. Waah, seronok sangat sampai tak terucap kata-kata. Hasil dari angan-angan sahaja menjadi realiti.

Kiranya makin lama bertahan dalam bidang ini, makin banyak pula berpeluang mengunjungi negara-negara luar baik dari yang company sponsor atau dari duit poket sendiri travel bersama keluarga dan kawan-kawan.

Haaa, terbaru kak Rena berangan nak sampai kat sini ni haaa. Tempat peninggalan sejarah zaman gangsa dan neolitik, Stonehenge.

Stonehenge bertempat di negara England jugak dan menjadi tempat tarikan pelancong menghayati keindahan dan keunikan batuan yang penuh dengan kisah di sebaliknya.

Jadinya, kak Rena kongsikan dulu gambar-gambar Stonehenge dengan suasana berbeza. Cantik sungguh! Semoga satu hari nanti kak Rena dan keluarga dapat sampai sini dan bergambar berlatar belakang kan monumen batuan unik ni.

Gambar-gambar yang dikongsikan ini semuanya hasil carian dari encik Google. Jangan tak percaya, hanya dengan memandang gambar-gambar tempat impian kita nak pergi, akan menaikkan level motivasi kita untuk kerja lebih kuat.

Selagi ada hayat dikandung badan, terus berusaha untuk mencapai angan-angan dan impian dalam hidup kita. Sungguh, hanya kita sahaja yang mampu menjadikannya sebuah realiti. 😘

Artikel menarik untuk anda:

Bonding Time Bersama Adik Beradik Di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Bonding Time Bersama Adik Beradik Di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Selama-lama umur dikandung badan, ini kali pertama dapat pergi trip bersama 6 orang adik beradik melalui jalan udara. Kami pilih vietnam sebabnya…... Baca selanjutnya »

Kangaroo Si Comel dan Jinak

Kangaroo Si Comel dan Jinak

Sudah lama kak Rena teringin nak melihat sejenis haiwan yang comel dan jinak ini. Anak-anak kak Rena pun sama lah macam ami…... Baca selanjutnya »

Pengalaman Hampir Kena Tipu HKD 5000 di Hong Kong

Pengalaman Hampir Kena Tipu HKD 5000 di Hong Kong

Assalamualaikum, apa khabar semuanya hari ini?Hari ini terpanggil kak…... Baca selanjutnya »

Makin Hilang Pertimbangan

Makin Hilang Pertimbangan

Pada masa kini, macam-macam kejadian jenayah yang berlaku dalam masyarakat kita. Kadang-kadang tak tercapai dek akal atas perkara buruk yang berlaku…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Impian Hidup, Travel Tagged With: angan-angan jadi nyata, Blog Kak Rena, impian Hidup, stonehenge, tak salah berangan

Previous Post: « Kisah Perjuangan
Next Post: Makan-Makan Di Cozy House »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme