Alhamdulillah hari ini Kak Rena berpeluang berbuka puasa bersama rakan seperjuangan di negeri pantai timur iaitu di Kuala Terengganu. Majlis iftar kami di adakan di sebuah cafe yang terletak dalam bangunan TD1303.
Sungguh unik namanya, TD1303 menawarkan servis sewa pejabat dengan pelbagai pakej bergantung pada jenis ruang kerja yang disediakan. Ini kali kedua kak Rena sampai sini. Salah seorang pengurus pasukan jualan cawangan Terengganu ada menyewa pejabat di sini.
TD membawa makna Terengganu Digital yang mengutamakan hab teknologi digital yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. TD menyediakan ruang kerja yang kondusif dan kreatif bagi meningkatkan mutu kerja.
TD1303 memberi peluang kepada rakyat Terengganu untuk mendapatkan ruang kerja yang menarik dan sungguh selesa. Pelbagai rekabentuk perabot yang cantik untuk kemudahan para pengunjung pejabat sewa ni.
Kadar sewa yang dikenakan adalah serendah RM 10 untuk seorang sehari dan disediakan pakej bulanan untuk ruang bilik pejabat serendah RM 800. Sangat sesuai untuk golongan pasukan jualan.
Pada kawan-kawan yang menetap di Kuala Terengganu yang belum tahu tentang TD1303, boleh la intai tengok kemudahan terbaik yang disediakan di sini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Leave a Reply