Untuk entry kali ini suka kak Rena untuk berkongsi tentang kisah sekumpulan katak. Kisah ini kak Rena dengar pun daripada perkongsian seorang ustaz melalui radio #coolfm . Al maklum ada orang dah terjatuh hati dengan radio Cool FM. Dah selalu jadi peneman setia kak Rena masa driving.
Mungkin cerita ini tidak betul-betul sama dengan apa yang kak Rena dengar secara keseluruhannya namun jalan ceritanya seakan sama. Semoga boleh menjadi teladan, panduan dan inspirasi pada yang memerlukan. Kisahnya seperti ini.
Ada sekumpulan katak yang sedang bersembang-sembang dengan merenung sebatang tiang yang berada berdekatan dengan mereka. Kak Rena tak boleh nak gambarkan la ya macam mana mereka bersembang. Hehehe.
Tetiba ada seorang katak memulakan cabaran pada katak-katak lain kalau-kalau ada yang boleh memanjat tiang tersebut ke tahap paling tinggi. Kiranya mereka nak tengok ada tak yang berani berbuat demikian dalam kalangan mereka yang ramai itu.
Maka berfikir-fikirlah kumpulan katak tersebut. Ada yang mula memanjat tiang tersebut dan ada juga mula mengikut jejak langkah katak yang memula tadi. Ada yang melihat sahaja geng katak yang lain serta ada yang hanya memandang tiang tersebut.
Sebahagian katak yang mulai panjat tiang dan terus memanjat, kedengaran katak-katak lain mula bersuara dengan macam-macam ayat. Antaranya;
“Alaa, tak lama tu, kejap lagi jatuh la tuu”
“Jangan panjat tinggi-tinggi, nanti kau jatuh”
“Tak payah la panjat, nanti jatuh”
“Bahaya tu kau nak panjat tanpa skill”
Oleh kerana ramai antara kumpulan katak ni mula bersuara seperti ini, maka katak-katak yang asalnya berani nak panjat mula turun balik ubah fikiran tak jadi nak panjat lebih tinggi. Kiranya mereka mengambil kisah terhadap kata-kata dan suara yang dituju untuk mereka.
Dalam pada itu, tetiba ada seekor katak tampil untuk panjat tiang tersebut dengan beraninya. Katak-katak lain mula bersuara lebih kuat dengan ayat-ayat tadi. Makin di panjat, makin kuat suara-suara itu.
Walaubagaimanapun katak yang seekor ini nampaknya tidak mempedulikan suara-suara itu. Ia terus panjat dan panjat, akhirnya katak hero tadi dah pun sampai ke puncak tiang dalam serba kepayahan.
Mungkin tiang tu agak licin dan tidak mudah untuk di panjat. Maka bila berada di atas tu, ada seekor katak yang bertanya kepada katak tersebut,
“Macam mana kau panjat sampai atas tu?”
“Kau tak takut jatuh ker”
Setelah diajukan pelbagai soalan, katak hero tadi masih berdiam tak jawab apa pun. Setelah diselidik rupanya katak hero tu sebenarnya seekor katak yang cacat pendengaran. Rupanya sepanjang ia duk panjat tiang tu, katak hero tu tak dengar kata-kata yang boleh melemahkan semangat ia nak panjat.
Dan dengan sebab itu lah katak hero berjaya panjat tiang sampai ke puncak. Ia meneruskan usaha tanpa mempedulikan katak-katak lain yang seolah ingin menyatakan sesuatu.
Demikianlah kisah sekumpulan katak yang banyak perkara kita boleh belajar daripadanya. Usaha itu tangga kejayaan, buat tanpa pernah ada rasa untuk berputus asa. Pedulikan apa orang nak cakap asalkan kita tak kacau hidup orang lain.
Begitulah juga dalam kehidupan kita, kita seringkali ambil kisah cakap-cakap orang sekeliling, kata-kata sindiran dan perli yang membuatkan kita tersangkut dan buat pusingan U dalam menuju kejayaan dalam bidang yang baru kita nak ceburi.
Oleh itu, buat semua peniaga – peniaga khususnya yang mula nak menceburkan diri dalam bidang baru seperti bidang jualan, jangan takut & jangan gentar dengan cakap-cakap orang keliling kita.
Jangan takut juga dengan suara-suara dari dalam diri kita sendiri yang tak berapa suka kita nak maju dan berubah dalam hidup kita. Teruskan berjuang selagi kita yakin dan percaya jalan dan bidang yang kita pilih itu boleh memajukan diri kita dan bermanfaat buat keluarga kita & masyarakat.
Selalu tempatkan diri kita dikalangan orang-orang yang berfikiran positif dan kuat berusaha. In sya Allah makin mudah menuju mencapai impian dan matlamat hidup kita.
Teruskan berjuang untuk kehidupan yang lebih baik! Pedulikan apa orang fikir dan cakap. Asalkan kita buat benda yang betul demi mencapai sebuah kejayaan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Absolutely rite SM Sarena, I’ve heard this story before.Never look back and just do it 💪🏻