• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Family / Tentang Open House Raya

Tentang Open House Raya

6 June 2019 by sarena Leave a Comment

Setiap kali terfikir untuk merancang rumah terbuka sempena apa-apa perayaan, perkara pertama yang kak Rena risaukan adalah bilangan pax jntuk makanan yang perlu disediakan. Bukan apa, sebelum decide nak buat, akan terfikir cukupkah makanan yang kita sediakan dengan tetamu yang bakal hadir.

Terfikir jugak, sapa kah yang bakal hadir, menu apa yang perlu disediakan, bagaimana kalau makanan tak cukup, bagaimana kalau makanan terlebih sehingga berlaku pembaziran. Macam-macam persoalan timbul. Namun fikir banyak-banyak dan terlebih pun tak bleh jugak. Terus ada suara positif akan bisikkan kat telinga, nak buat, buat jer. Jangan fikir banyak! Hehehe.

Beginilah kak Rena, bila nak buat sesuatu yang dirasakan baik dan bagus untuk orang sekeliling, just proceed. Fikir lebih-lebih sehingga menangguhkan sesuatu yang baik dari berlaku tak elok juge kan. Kak Rena salute sangat dengan seseorang yang suka memberi makan atau jemput makan orang lain untuk makan bersama dalam selang masa tertentu.

The power of giving! Sesungguhnya orang yang seronok memberi, Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih besar. Tak rugi pun malah lebih menguntungkan dan menenangkan hati, jiwa dan perasaan. Cuma perlulah bersederhana dan tidak melampaui batas sehingga berlakunya pembaziran teruk. Dalam Islam pun tak menggalakkan pembaziran.

Termasuk hari ini dah masuk kali ke-2 kak Rena buat open house kat rumah kami di kelantan. Alhamdulillah syukur, walaupun buat ooen house ini, tuan rumah agak penat namun kepuasan sebenar bila kita dapat lihat tetamu makan-makan dan minum-minum seterusnya dapat melapangkan hati dan jiwa. Iyer ler bila dapat berkongsi rezeki dengan sekumpulan orang lain, kita pun rasa seronok sangat!

Jadinya siang tadi alhamdulillah dapat menjadi tetamu untuk open house kat rumah biras dekat area sini. Seawal jam 9 pagi ++ kak Rena dah sampai sana. Yer ler tadi siang kami pun bakal menerima tetamu. Lepas zohor baru boleh ber~Open house umah kak Rena pula.

Apapun best sangat, merupakan satu kepuasan yang tak ternilaikan. Bukan hanya keluarga terdekat sahaja yang datang, sahabat seperjuangan kat Coway yang beraya di Kelantan tahun ini pun turut sama singgah. Waah terharu rasa. Semoga bertemu lagi di Aidilfitri tahun hadapan. In sya Allah mudah mudahan.

Artikel menarik untuk anda:

Makan-Makan Di Cozy House

Makan-Makan Di Cozy House

Restoren Cozy House, seunik namanya meyediakan kombinasi masakan ala cina, siam dan melayu. Ia terletak di tingkat 3 Great Eastern Mall Jalan…... Baca selanjutnya »

Stok Makanan Segera Yang wajib Ada Di Rumah

Stok Makanan Segera Yang wajib Ada Di Rumah

Rumahku syurgaku. Cewaah! Walau sesibuk mana kita setiap hari banyak masa diluar rumah, rumah menjadi tempat paling penting untuk kita melepaskan rehat…... Baca selanjutnya »

Tragedi Malam Raya

Tragedi Malam Raya

Malam raya pastinya semua akan bergembira terutamanya geng kanak-kanak riang. Al maklum semua happy besok dah tak puasa. Bila dah gembira aktiviti…... Baca selanjutnya »

Hari Ini Hari Raya AidilFitri

Hari Ini Hari Raya AidilFitri

Bismillahirrahmaanirrahiim.Assalamualaikum & Salam Aidilfitri buat seluruh umat Islam. Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dariNya buat…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Family Tagged With: Blog Kak Rena, openhouseRaya, raya kedua

Previous Post: « Hari Ini Hari Raya AidilFitri
Next Post: Studio Dalam Rumah »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme