• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Kisah Masyakat / Terapi Kemaafan

Terapi Kemaafan

14 June 2019 by sarena 1 Comment

Sudah lama kak Rena ingin menulis tentang tajuk ini, namun asyik tidak kesampaian. Bertangguh dari hari demi hari, dari bulan ke bulan lain sudah! Heheh. Mujur malam ini terasa jugak nak menulis tetang terapi maaf ni. Kerana topik ini sangat penting untuk kita semua dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Meminta maaf adalah suatu kelakuan / respon / tindakbalas / kemahuan dari pihak yang merasakan mereka ada membuat salah terhadap sesuatu hal. Memberi maaf pula adalah pihak yang menerima kesilapan yang dilakukan oleh pihak lain terhadapnya atas sesuatu hal yang berlaku.

Pelbagai faktor dan punca yang boleh menjadi penyebab berlakunya salah faham atau persengketaan dalam sesebuah masyarakat kita baik di kalangan keluarga mahupun sahabat handai. Punca-punca ini bila dibiarkan, akan berlama lah rasa marah dan tidak puas hati dalam diri.

Bila berlaku sesuatu kejadian, kewujudan ego yang kuat dan menebal dalam diri akan menyebabkan masing-masing tidak bertegur sapa dalam tempoh yang lama. Masing-masing tidak mahu mengalah kerana dikhuatiri akan nampak silap kelemahan dalam diri.

Padahal saling bermaafan sesama sendiri untuk apa jua alasan samada wujud keadaan tegang atau tidak sebelumnya, sangat-sangat dituntut dalam agama. Ini adalah supaya masing-masing dapat hidup dalam suasana tenang dan harmoni. Tiada sengketa yang menyesakkan jiwa.

Kekuatan sebenar dalam diri seseorang adalah bila mana dapat memberi kemaafan pada seseorang walaupun bukan dirinya yang memulakan persengketaan. Tidak akan rugi walau sedikit pun orang memberi kemaafan. Ini antara kata-kata yang pernah kak Rena baca dalam sebuah buku.

Meminta maaf pula tidak bermakna seseorang itu yang bersalah terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang memulakan memohon maaf adalah seorang yang sangat murni dalam hati & nalurinya. Ramai yang tak sanggup untuk memulakan ucapkata maaf walaupun ketara silap dan punca adalah dari dirinya.

Hidup kita ini hanyalah sementara. Hilangkan semua dendam lama dan perasaan tak berpuas hati dengan saling bermaafan tidak kira samada di musim raya ataupun tidak. Ini adalah suatu sifat mulia yang wajib diterapkan dalam diri kita semua. In sya Allah mudah mudahan.

Semoga bermanfaatlah perkongsian kak Rena malam ini.

Artikel menarik untuk anda:

Makin Hilang Pertimbangan

Makin Hilang Pertimbangan

Pada masa kini, macam-macam kejadian jenayah yang berlaku dalam masyarakat kita. Kadang-kadang tak tercapai dek akal atas perkara buruk yang berlaku…... Baca selanjutnya »

Sabar Itu Separuh Daripada Iman

Sabar Itu Separuh Daripada Iman

Bercerita tentang sabar, lawannya adalah tidak sabar serta kurang sabar. Sabar membawa erti menahan diri terhadap sesuatu yang membuatkan timbulnya perasaan cemas,…... Baca selanjutnya »

Ketepikan Ego

Ketepikan Ego

Bila sebut pasal ego, ia wujud dalam hampir semua umat manusia. Tiada siapa pun dapat menyangkalnya. Sama ada kita sedar atau tidak,…... Baca selanjutnya »

Malu Apa Bossku

Malu Apa Bossku

Malu adalah suatu perasaan yang hadir dalam diri seseorang terhadap sesuatu perkara atau situasi. Malu yang dimaksudkan boleh jadi perkara yang baik…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kisah Masyakat Tagged With: Blog Kak Rena, Kisah masyarakat, memberi maaf, meminta maaf, saling bermaafan, terapi kemaafan, terapi maaf

Previous Post: « Nasi Pok Nik + Teh Beng Madu kasih
Next Post: Kemeriahan Raya Ke-11 »

Reader Interactions

Comments

  1. Putri

    15 June 2019 at 12:50 pm

    Kemaafan dendam yang terindah, sedangkan Nabi SAW memaafkan umat..siapa lah kita ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme