• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Kisah Masyakat / Terima Kasih Ibu

Terima Kasih Ibu

12 May 2019 by sarena Leave a Comment

Sebuah kisah yang menyayat hati tayangan slot cerekarama di TV3 malam ini. Sajian tanyangan dari TV3 tidak pernah mengecewakan. Penuh dengan kisah dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan dan peringatan dalam hidup.

Terima Kasih Ibu mengisahkan seorang ibu, Puan Zaiton yang sangat sayangkan dan manjakan anak lelakinya yang bernama Nil Jibril. Sikap ibu Nil terlalu percayakan anak dan melebihkan anak walaupun ketara anaknya ada buat kesalahan besar.

Di sekolah, Nil Jibril seorang pelajar yang suka membuli, melanggar peraturan sekolah dan bermacam jenis keganasan yang dilakukan olehnya. Nil ada seorang rakan yang turut mempunyai sikap dan perangai sepertinya.

Cikgu disiplin, Cikgu Malik (pelakon sama dalam citer Nur sebagai Ustaz Hamidi 😀) selalu menegur dan mengenakan denda pada salah laku yang dilakukan oleh Nil Jibril.

Setiap kali kesalahan besar dilakukan oleh Nil, Puan Zaiton dipanggil oleh Cikgu Malik untuk menerangkan kesalahan yang Nil lakukan. Sayangnya Puan Zaiton memarahi cikgu kerana menyangka cikgu hanya membuat tuduhan palsu pada anaknya.

Masa berlalu dengan pantas, Nil Jibril semakin ganas tambahan dengan kepercayaan dan sokongan padu dari seorang ibu. Makin lama makin berani Nil untuk ambil dadah dan terjebak dengan kes menderakan orang sehingga tenat.

Nil Jibril kemudiannya ditangkap polis dan kemudiannya dimasukkan ke sekolah juvana. Setelah keluar dari sekolah tersebut, Nil Jibril kembali membuat jenayah yang lebih berat.

Selain semakin menderhaka dengan ibubya sendiri, terlalu banyak kes jenayah yang dilakukan sehingga beliau ditangkap oleh pihak polis sekali lagi. Pada ketika ini Nil Jibril sudah meningkat dewasa.

Nil Jibril didakwa di mahkamah dengan banyak kesalahan termasuk mengedar dadah yang membawa hukuman gantung sampai mati. Fuhh, nak dijadikan cerita, peguam yang mendakwa kesalahan Nil adalah rakan sekelas Nil zaman sekolah dahulu.

Pada ketika ini agak touching la jugak sebabnya Nil Jibril tak henti menyalahkan ibunya atas apa yang berlaku padanya. Huhuhu. Namun, part ibu ayat “siapa yang tak sayangkan anak” tetap keluar dari mulut ibunya semasa di soal dalam mahkamah.

Hanya ketika saat-saat Nil Jibril ke tali gantung, keinsafan mula menyelubungi dirinya. Pada ketika ini, Nil Jibril mulai sedar akan kesalahannya selama ini dan betapa banyaknya dosanya pada ibunya dan orang-orang yang telah beliau khianati. Fuhhh. Sadiss😰

Banyak kisah pengajaran dalam telefilem kali ini terutamanya bahagian nak membersarkan & mendidik anak dalam sebuah keluarga. Terlalu membiatkan anak dalam kebebasan akan menyebabkan anak mengambil kesempatan atas kebaikan ibubapa.

Pengajaran dan panduan juga disampaikan tentang penglibatan pihak sekolah dalam menbendung tingkah laku pelajar yang bermasalah dengan kes-kes berat.

Semoga kisah ini menjadi pedoman buat kita semua. Sangat menyayat hati. Wajib tonton semula untuk peringatan dan pengajaran.

Artikel menarik untuk anda:

Kasih Sayang Seorang Ibu Tiada Tolak Bandingannya

Kasih Sayang Seorang Ibu Tiada Tolak Bandingannya

Kisah ini berkenaan dua orang wanita kesayangan kak Rena yang tak mungkin dapat dilupakan sehingga ke akhir hayat.Ianya…... Baca selanjutnya »

Menjemput Rezeki Daripada Ikhtiar

Menjemput Rezeki Daripada Ikhtiar

Menyebut tentang rezeki, maksudnya sungguh meluas dan mendalam. Rezeki itu ada dimana-mana selagi kita masih bernyawa di atas muka bumi Allah SWT…... Baca selanjutnya »

Seorang Anak DiPukul Bapa Hanya Kerana Sebab Ini.

Seorang Anak DiPukul Bapa Hanya Kerana Sebab Ini.

Assalamualaikum & Selamat Petang.Sekejap tadi dalam perjalanan pulang ke rumah, kak Rena melalui suatu jalan kecil yang…... Baca selanjutnya »

Review: Dumbo

Review: Dumbo

Dumbo adalah sebuah filem yang diterbitkan oleh Walt Disney yang diadaptasikan daripada versi animasi sekitar tahun 1941. Ramai juga rupanya duk…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kisah Masyakat, Review Tagged With: Blog Kak Rena, cerekarama tv3, Drama sangat, drama sangat tv3, kisah pengajaran, slot cerekarama tv3, terima kasih ibu

Previous Post: « Jalinan Persahabatan
Next Post: Kepentingan Powerbank »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme