Semasa berada di kampung bercuti raya tenpoh hari, kak Rena ada lah berkunjung ke pusat dobi yang dibuka 24 jam sehari. Al maklum, baju kotor makin menimbun, dobi layan diri lah jawabnya. Kak Rena jarang pergi sendiri sebagai orang utama nak uruskan mesin-mesin yang ada. Biasanya sebagai peneman sahaja.
Kali ini, ajk utama bab pakaian iaitu adik kak Rena tidak ada bersama hari tu, jadinya terpaksa urus sendiri start dari angkut pakaian dan seterusnya sehingga siap membasuh dan mengering. Masa kak Rena tiba tu, agak jem jugak lah bila melihatkan bakul dan plastik beratur depan pintu mesin-mesin. Hihihi.
Haaa, ingat jalan raya saja ka yang jem. Kedai dobi layan diri pun jem tau. Oleh kerana dah tak mahu nak carik dobi tempat lain, kak Rena masuk juge ler sambil bertanya-tanya mesin mana yang belum ada orang cop giliran. Kak Rena bertanya jugak macam mana nak ambil token setelah baca-baca pasal token tu.
Ada 2-3 orang yang membantu menujukkan mesin penukar token daripada wang ringgit yang terletak di hujung bilik dobi. Kak Rena pun pergilah megadap mesin itu. Sungguh sebelum ini tak pernah buat ni. Mesin bayar parking pernah la kan. Hehehe.
Jadinya kak Rena keluarkan duit dari wallet RM 50 bila tak der wang kecil dari wallet. Ada lah jugak buat bacaan arahan pada mesin token tu sebelum duit dimasukkan. Bila sahaja duit RM 50 ditelan oleh mesin tolen itu, berkeping keping token keluar tanpa henti. Kak Rena terkesima sekejap melihat timbunan token pada ruang outlet token.
Laaa, rupanya tak der function untuk pilih nak berapa keping token bila duit di masukkan. Ia terus menerus detect berapa amount yang masuk itulah merupakan jumlah tolen yang keluar. Tudiaaa, terkezzut ambe! Hahaha. Suka atau tidak kak Rena kutip semua 50 keping token itu dan mula kompius jap. Apa nak buat ngan token banyak-banyak itu.
Dipendekkan cerita, ada beberapa orang geng dobi menasihati untuk hubungi tokey dobi untuk tukar kembali token kepada wang ringgit. Kak Rena ada call namun tidak berjawab. Kemudian ada yang mencadangkan untuk jual kembali kepada pengunjung dobi yang baru tiba, Haa nampak gaya cara ini terus berkesan! Makanya jadilah kak Rena jurujual token kejap pada hari itu. Hasilnya sangat memuaskan! 😃
Leave a Reply