• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Umum / Wanita dan Kerjaya

Wanita dan Kerjaya

21 March 2019 by sarena 1 Comment

Manusia adalah sebaik-sebaik kejadian yang Allah ciptakan sebagai penghuni di muka bumi yang sementara ini. Dan wanita pula, kejadian asalnya penuh rahsia dan hikmah yang terhasil dari tulang rusuk.

Kak Rena pun baru terbaca artikel yang sungguh mengagumkan tentang Rahsia Kejadian Seorang Wanita. Waah kagum jap dengan penulisan dan olahan beliau.

Pada masa kini, ramai wanita berkerjaya berbanding wanita dahulu kala yang lebih kepada 100% menjadi penjaga buat keluarga tercinta. Kiranya buat kerja rumah semata-mata demi suami dan anak-anak.

Ramai juga yang asalnya berkerjaya dan akhirnya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa atas permintaan suami untuk jaga dan ambil berat urusan rumah tangga & anak-anak.

Mengimbau kenangan 18 tahun lalu selepas tamat belajar dalam jurusan Teknologi Maklumat dari UKM Bangi, kak Rena menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan yang setimpal dengan ijazah yang kak Rena miliki.

Kredit foto dari: https://pija3925.wordpress.com/mulanya-di-sini/

Namun itu tidak mematahkan semangat kak Rena untuk terus berusaha mencari dan terus mencari pekerjaan yang boleh menampung kehidupan pada masa itu. Nasib lah baik ketika itu masih lah single mingle lagi.πŸ˜€

Agak tough bila mana kak Rena apply kerja, dipanggil untuk sessi temuduga dan kemudian hadir temuduga kemudian gagal mendapat tempat untuk bekerja baik untuk sektor swasta mahupun kerajaan. Sedihkan? Hihi

Walaupun begitu, di setiap fasa kehidupan yang kak Rena lalui, jarang sekali kak Rena tanam anggur berlama-lama. Kiranya kak Rena akan usahakan jugak untuk mendapat pekerjaan walaupun kerja sementara atau kontrak.

Yer la kan, kak Rena bukan dari keluarga senang. Kena usaha sendiri demi mencari rezeki untuk menampung kehidupan di setiap fasa kehidupan yang kak Rena lalui.

Masa itu hanya berbekalkan azam dan doa moga-moga suatu hari di pertemukan dengan sebuah platform yang boleh mengubah kehidupan kak Rena dan sekali gus dapat membantu keluarga kak Rena.

Masa berlalu sehingga kak Rena bertemu jodoh, keadaan masih lebih kurang sama. Struggle untuk mendapat pekerjaan tetap sehingga selepas melahirkan anak ke 2, rezeki kak Rena diterima bekerja sebagai seorang tutor di salah sebuah kolej swasta di Ampang.

Gambar kenangan masa jadi seorang tutor

Bagaimana cerita seterusnya? Kak Rena akan sambung melalui episod Wanita, Antara Keluarga & Kerjaya Mana Lebih Utama.

Nantikan ya. Sehingga bertemu lagi😊

Artikel menarik untuk anda:

Wanita, Antara Keluarga & Kerjaya Mana Lebih Utama.

Wanita, Antara Keluarga & Kerjaya Mana Lebih Utama.

Menyambung kisah Wanita dan Kerjaya tempoh hari, suka kak Rena mengupas lebih dalam tentang topik ini. Al maklum kak Rena pun…... Baca selanjutnya »

Si Anak Tunggal Aaron

Si Anak Tunggal Aaron

Aaron merupakan anak tunggal pakcik Abdul dan makcik Mimah. Sejak dari kecil Aaron ditatang bagai minyak yang penuh. Sejak dari kecil jugalah…... Baca selanjutnya »

Kedai Emas Sahabat Karib Para Wanita?

Kedai Emas Sahabat Karib Para Wanita?

Haaaa… kita masuk topik bling bling pulak kali ini ya 😍😍. Wanita dan barang kemas berpisah tiada. Makanya secara otomatik kedai emas…... Baca selanjutnya »

Hidup Di Bawah Kemampuan

Hidup Di Bawah Kemampuan

Seorang sifu pernah berkongsi ceriita dengan kak Rena, kita  perlu hidup di bawah kemampuan. Bukannya di luar kemampuan. Alhamdulillah. Mujurlah amalan ini…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: Ikhtiar hidup, kerja untuk hidup, tips jiwa kental, wanita dan kerjaya

Previous Post: « Penggunaan Mesin Pengering Baju (Dryer) Dapat Menjimatkan Masa 20 Minit. Benarkah Ia?
Next Post: Cara Memasak Yang Mudah Dan Cepat »

Reader Interactions

Comments

  1. KakNis

    21 March 2019 at 9:41 am

    wowww sokmo jadi idola nih🌹.. Tak sabar menanti sambungan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme